Pn. Fazlinah Razali telah melebarkan lagi perniagaannya dari menjadi usahawan telekoumikasi dan perunding kewangan dengan mengusahakan gerai makanan dan minuman secara kecil – kecilan. Beliau memulakan perniagaan gerai makanan dan minuman kerana jiwanya dalam bidang perniagaan amat dalam serta ingin menambah pendapatan sampingan. Beliau mengusahakan perniagaan ini seorang dan hanya mendapat sokongan dari suami beliau. Beliau merupakan petugas Pusat Internet. Beliau akan memulakan perniagaan selepas pulang dari kerja hakiki.

 

Cik Nurul Ain merupakan pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah jurusan pengurusan Landskap. Beliau cenderung menjadi usahawan bagi membantu ibunya menjana pendapatan keluarga. Beliau merupakan usahawan yang menjual produk makanan MEE BANDUNG INSTANT. Pada awalnya pendapatan bulanan beliau hanya bergantung kepada wang PTPTN sahaja berikutan masih lagi belajar. Namun kini, mampu memperolehi pendapatan sendiri dengan hasil jualan MEE BANDUNG INSTANT.

 

 

En.Jamal merupakan usahawan yang menceburi dalam bidang pakaian kanak-kanak yang di beri nama Radhiyyah Collection bersempena nama anak perempuannya. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 2000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan terkini dengan keuntungan bersih RM 200 sebulan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Paya Rumput beliau kini telah memiliki media social iaitu facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700-1000 sebulan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2363915