Cik Nurul Ain merupakan pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah jurusan pengurusan Landskap. Beliau cenderung menjadi usahawan bagi membantu ibunya menjana pendapatan keluarga. Beliau merupakan usahawan yang menjual produk makanan MEE BANDUNG INSTANT. Pada awalnya pendapatan bulanan beliau hanya bergantung kepada wang PTPTN sahaja berikutan masih lagi belajar. Namun kini, mampu memperolehi pendapatan sendiri dengan hasil jualan MEE BANDUNG INSTANT.