Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
1.tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
2.bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
3.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
4.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
6.membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
KLINIK KESIHATAN MASJID TANAH
Jalan Besar Masjid Tanah 78300 Masjid Tanah
Nombor telefon :
KLINIK SWASTA
Terdapat banyak Klinik Swasta di Masjid Tanah antaranya :
1. Klinik Masjid tanah, Kompleks Perniagaan SU 872, Jalan Bandar Baru 2, Pusat Perniagaan Baru, Masjid Tanah
2. Klinik Asuza, Jalan Bandar Baru 6, Taman Bandar Baru, Masjid Tanah
3. Klinik Amarjit ( Bala Dispensary ) , AG5401, Masjid Tanah
4. Klinik Taqwa, Jalan IKS MT/2 Masjid Tanah
5. Pusat Dialisis Nefro Utama Sdn. Bhd, No 949 & 950 Bandar Baru 6
http://kgpayarumput.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan#sigFreeIdae4698561b
FARMASI
Terletak di Taman Bandar Baru memudahkan untuk orang ramai membeli ubat - ubatan