Tapai Pulut Sarimah

 

Alamat : Kampung Air Hitam Pantai, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Telefon : 06-3853041

Waktu Urus Niaga : 9.00 Pagi – 6.00 Petang

 

Tapai Pulut Sarimah menawarkan tiga perisa yang berbeza iaitu Perisa Pandan ( bungkusan berwarna hijau ), perisa ros ( bungkusan berwarna merah sama ) dan juga perisa asli.

Proses pembuatan tapai pulut ini dilakukan dengan cara moden dari segi penghasilan, pemprosesan, pelabelan dan juga pembungkusan. Proses pembungkusan tapai pulut ini dibuat dengan dua lapisan iaitu lapisan luar dengan menggunakan kertas manakala pembungkusan bahagian dalam menggunakan plastik. Pembungkusan yang baik amat penting bagi mengekalkan kualiti produk sentiasa terjamin.

Harga bagi sekotak Tapai Pulut Sarimah adalah RM60 dan didalamnya terdapat 100 bungkusan kecil tapai. Ianya sesuai untuk dijadikan pemanis mulut bagi majlis – majlis keraian dan juga sebagai hadiah “doorgift”.

“ SELAMAT MENCUBA “