TADIKA JAIM KAMPUNG PAYA RUMPUT

JALAN TOK TALIB

78300 MASJID TANAH, MELAKA

 

Tadika Jaim ini ditubuhkan sejak tahun 2005. Sehingga kini telah beroperasi selama 10 tahun. Pelajar sekolah ini terdiri daripada kanak - kanak berumur 4 - 6 tahun.

Mempunyai 3 kelas dan setiap kelas itu berlainan peringkat umur. Sekolah ini mempunya 3 orang tenaga pengajar. Setiap tahun sekolah tadika ini menerima lebih kurang 30 - 40 orang pelajar yang terdiri daripada penduduk setempat.

 

 

SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM KAMPUNG RUMPUT

JALAN TOK TALIB

78300 MASJID TANAH, MELAKA

 

Sekolah ini telah ditubuhkan sejak 15 tahun  dahulu dan telah melahirkan lebih 5000 pelajar sejak ianya ditubuhkan. Sesi waktu persekolahan terbahagi kepada 2 iaitu darjah 1 - 3 setiap Isnin hingga Rabu bermula jam 2.30 petang sehingga 6 petang. Kecuali pada hari Rabu sehingga pukul 4.00 Petang. Darjah 4 - 6 pula dari hari Rabu sehingga Jumaat bermula jam 2.30 petang sehingga 6.00 petang.

Mempunyai lebih 10 orang tenaga pengajar dan sekolah ini aktif menyertai pertandingan peringkat daerah dan juga negeri dalam bahagian hafazan, nasyid dan juga syarahan.

 

 

 

 

KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

JALAN TOK TALIB

78300 MASJID TANAH, MELAKA

 

Ditubuhkan pada 1 Mac 2003
dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Menjalankan Kursus sepenuh masa bertaraf sijil dan megelolakan kursus Pendek dengan bayaran serendah RM5

Pertanyaan Hubungi Kami:
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
Tel : 06-3843703

 

 

INSTITUT TEKNOLOGI UNGGAS

KM 34, JALAN RAMUAN CHINA BESAR 78300 MASJID TANAH

 

  • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan teknologi dan penternakan unggas.
  • Melaksanakan kursus teknologi penternakan unggas dan keusahawanan.
  • Menyediakan sumber untuk keperluan latihan dan penyelidikan di bidang unggas.
  • Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan teknologi penternakan unggas dan industri haiwan.
  • Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat teknologi unggas.



Maklumat lanjut sila hubungi:

Tel : 06-3841321
Faks : 06-3841324

 

 

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA ( IKTBN )

KM 34, JALAN RAMUAN CHINA BESAR, 78300 MASJID TANAH

 

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Alor Gajah adalah sebuah Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan. IKTBN terletak di Lot 641, 644 Mukim Ramuan China Besar. Siap dibina pada Mei 2002. Telah memulakan operasi pada Ogos 2002. Terdapat 12 buah bangunan iaitu Blok Pentadbiran, Dewan Serbaguna, Rumah Kerajaan, Blok Hospitaliti, Surau, Kafetaria, Asrama Lelaki dan Wanita, Dewan Makan, Blok Pusat Sumber, Blok Elektrik, Blok Penjaga Elektrik, dan Blok Elektronik. IKTBN Alor Gajah merupakan pusat kecemerlangan hospitaliti.