PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) 

KAMPUNG PAYA RUMPUT

MASJID TANAH

 

 

            Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.  Pembangunan laman portal Pusat Ekonomi Digital (PEDi) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek Pusat Internet Malaysia ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad. 

 

PEDi merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan diselia oleh MSD Digital Intelligence. Ianya di bawah Program Permberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Sebanyak 40 PEDi telah di wujudkan di negeri Melaka yang terdiri dari fasa 1, 2, 4 dan 5.

 

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi, Kampung Paya Rumput merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 

 

  1. e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  2. e-Pembelajaran (e-Learning)
  3. Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  4. Pusat Komunikasi
  5. Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  6. Pusat peperiksaan dan persijilan

 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi). 

 

* Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

* Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat      

   kerajaan

* Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan

* Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

* Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti

   yang dijalankan di PEDi.

 

 

MAKLUMAT PETUGAS

 

 

NAMA

JAWATAN

NO TELEFON

EMAIL

MARDIAH BINTI MOHD ZIN

PENGURUS

013-6368136

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

UMI HIDAYATIE BINTI MOHD RAHAZEMAN

PEN. PENGURUS

017-3368391

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

WAKTU OPERASI 

 

HARI

BUKA

REHAT

                 TUTUP

ISNIN

9.00 AM

1.00 PM-2.00 PM

6.00 PM

SELASA

9.00 AM

1.00 PM-2.00 PM

6.00 PM

RABU

9.00 AM

1.00 PM-2.00 PM

6.00 PM

KHAMIS

9.00 AM

1.00 PM-2.00 PM

6.00 PM

JUMAAT

9.00 AM

12.30 PM-2.30 PM

6.00 PM

SABTU

9.00 AM

1.00 PM-2.00 PM

6.00 PM

AHAD

9.00 AM

1.00 PM-2.00 PM

6.00 PM

 

Tidak beroperasi jika CUTI UMUM

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Pembelajaran komputer secara percuma ( kanak - kanak hingga dewasa )

2. Perkhidmatan komputer / internet

3. Fotostat

4. Mencetak ( Printing berwarna / hitam putih )

5. Laminate

6. Scanning / Mengimbas

7. Binding

8. Menaip

9. Sewa bilik / kelas ( harga berdasarkan rundingan / tempoh )