Pn. Fazlinah Razali telah melebarkan lagi perniagaannya dari menjadi usahawan telekoumikasi dan perunding kewangan dengan mengusahakan gerai makanan dan minuman secara kecil – kecilan. Beliau memulakan perniagaan gerai makanan dan minuman kerana jiwanya dalam bidang perniagaan amat dalam serta ingin menambah pendapatan sampingan. Beliau mengusahakan perniagaan ini seorang dan hanya mendapat sokongan dari suami beliau. Beliau merupakan petugas Pusat Internet. Beliau akan memulakan perniagaan selepas pulang dari kerja hakiki.