Tempat Perlancongan & Bersejarah yang terdapat di Daerah Masjid Tanah

 

1) Kota Belanda, Bukit Supai Kuala Linggi

Nama Kuala Linggi diberi bersempena dengan nama sebatang sungai. Disebabkan kedudukan kampung ini terletak di Kuala Sungai Linggi, maka kampung ini diberi nama Kampung Sungai Linggi. Kampung Sungai Linggi terletak di kawasan yang strategik bagi memerhatikan laluan keluar-masuk kapal pada masa dahulu. Oleh itu, sebuah kota telah dibina di Kampung Kuala Linggi.

Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757. Selain dikenali sebagai “Supai Fort”, kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu.

Berdasarkan sejarah, perjanjian di antara tentera Belanda dan Bugis telah berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan.

 

 

2. Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah

 

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas ditambah dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.

Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal bagi Negeri Melaka. Ianya terletak berdekatan dengan kem tentera, Kem Terendak. Pusat Bandar yang paling hampir ialah Bandar Masjid Tanah hanya terletak kira-kira 10km sahaja dari pantai tersebut.

Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan

 

 

3. Pantai Tanjung Bidara

Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.

Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.

 

4. Jambatan Kuala Linggi

Dikatakan pemisah atau sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Melintasi sahaja Jambatan Kuala Linggi bermakna anda telah tiba di Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kuala Linggi terletak di Daerah Alor Gajah di samping beberapa mukim atau pekan kecil lain seperti Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah.

Jika di Negeri Sembilan, Adat Perpatih menjadi sanjungan namun Melaka yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan Hang Tuah menjadikan Adat Temenggung sebagai budaya hidup sehari-hari. Bagaimanapun di Kuala Linggi terdapat juga masyarakat Minangkabau kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Kira-kira beberapa tahun yang lalu, sebelum kewujudan jambatan yang menghubungkan Port Dickson dan Kuala Linggi, perahu tambang menjadi pengangkutan utama menghubungkan kampung itu dengan kawasan-kawasan di Negeri Sembilan dan sebaliknya. Apabila jambatan Kuala Linggi siap dibina pada sekitar 1990-an, perhubungan melalui jalan raya telah menjadi keutamaan.

Menariknya di Kuala Linggi, terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa-kuasa luar. Di sini terdapat sebuah kota pertahanan di Puncak Bukit Supai yang dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda pendamaian perang di antara kedua-duanya yang berlaku pada tahun 1756-1757. Berdasarkan perjanjian tersebut, orang-orang Belanda diberi kuasa di kawasan Linggi dan dalam perdagangan bijih timah.

Perpustakaan Desa Kuala Linggi terletak di Pekan Kuala Linggi. Bangunannya terletak di antara deretan rumah-rumah di sepanjang jalan Kuala Linggi. Jika anda ternampak papan tanda Perpustakaan Desa Kuala Linggi bermakna anda telah pun sampai.

 


CHALET DAN HOMESTAY

1. Desa Damai Chalet

Alamat : Lot 1681 Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Masjid Tanah, 78300 Melaka, Malaysia

Desa Damai Chalet terletak di Pengkalan Balak dan menawarkan kemudahan barbeku. Port Dickson berjarak 39 km dari tempat penginapan ini. Wifi disediakan secara percuma. Tempat letak kenderaan peribadi juga di sediakan di lokasi secara percuma. Peti sejuk dan cerek juga disediakan. Terdapat bilik mandi peribadi dengan selipar di dalam setiap unit. Tuala dan linen tempat tidur ditawarkan. Resort ini menyediakan kemudahan sukan air dan penyewaan basikal. Kawasan ini popular untuk aktiviti menunggang kuda dan snorkeling. Melaka berjarak 24 km dari Desa Damai Chalet. Lapangan terbang yang paling dekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, yang berjarak 64 km dari Desa Damai Chalet.

 

2. ELshape Holiday House

Alamat : ST 3682, Jalan Dato Tamby Chik Karim, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia 78300

Jika apa yang anda cari adalah hotel dengan lokasi menyenangkan di Melaka, cuma perlu lihat ELshape Holiday House. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar meriah ini boleh tawarkan. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

ELshape Holiday House menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan semua kemudahan penting untuk menceriakan pelancong. Hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma dalam semua bilik, tempat letak kereta, layanan bilik, bilik keluarga, kemudahan BBQ untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik.

Tetamu boleh memilih dari 7 bilik, semuanya yang akan memberikan suasana ketenangan dan keharmonian. Hotel ini menyediakan kemudahan rekreasi yang baik seperti pusat kecergasan, kolam renang luar, taman untuk membuat penginapan anda benar-benar tidak dapat dilupakan. Apa juga tujuan lawatan, ELshape Holiday House merupakan pilihan yang terbaik bagi penginapan anda di Melaka.

 

3. Fuga Village

Alamat : 3894 Pengkalan Balak Beach, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia

Menawarkan kolam renang luaran dan basikal secara percuma, Fuga Village terletak di destinasi terkenal di Malaysia iaitu Melaka. Dengan kemudahan barbekunya sendiri dan taman, hotel ini menawarkan tempat yang sempurna untuk aktiviti di tempat dan kawasan sekitar premis seperti berbasikal dan memancing. Crist Church dan Porta de Santiago terletak dalam jarak 23.5 km dari tempat penginapan ini. Chalet ini berjarak 64 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penginapan ini menawarkan pemandangan kolam renang. Ia menyediakan kipas angin, kelambu dan rak pakaian. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan pancuran mandian atau tab mandi. Di Fuga Village ini, anda akan mendapati teres di mana para tetamu boleh berehat. Kemudahan lain yang ditawarkan di rumah tamu ini termasuk lounge berkongsi. Tempat penginapan ini juga menyediakan tempat letak kenderaan secara percuma.

 

4. Tanjung Bidara Beach Resort

Alamat : Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia

Tanjung Bidara Beach Resort, terletak di Masjid Tanah, Melaka, merupakan satu pilihan popular bagi para pelawat. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar meriah ini boleh tawarkan. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.

Tanjung Bidara Beach Resort juga menawarkan banyak kemudahan untuk memperkayakan penginapan anda di Melaka. Hotel ini menawarkan Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta, layanan bilik, kemudahan mesyuarat , bilik keluarga untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik.

Semua penginapan bagi tetamu menawarkan kemudahan yang difikirkan dengan teliti bagi memastikan rasa selesa yang sukar ditandingi. Pantai persendirian, kolam renang luar, kolam renang (kanak-kanak), taman, sukan air (bermotor) di hotel merupakan tempat yang ideal untuk anda relaks dan tenangkan diri selepas hari yang sibuk. Tanjung Bidara Beach Resort merupakan pilihan yang bijak bagi pelancong ke Melaka, menawarkan penginapan yang santai dan mudah setiap kali.