LOKASI : PEDi KG. PAYA RUMPUT

TARIKH : 28 OKT 2023

MASA : 10.30a.m - 12.30p.m

 

AKTIVITI :

Petugas memberi taklimat dan cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint untuk dijadikan gambar dengan mengunakan animasi yang sedia ada yang ada pada powerpoint untuk menjadi video. Seterusnya para pelajar diarahkan untuk membuat sendiri photo video mengikut kreativiti mereka dengan bimbingan petugas.

TUJUAN :

Memberi pengetahuan ilmu Powerpoint yang kepada para pelajar.

Para pelajar dapat mengetahui bahawa Powerpoint boleh digunakan untuk pelbagai lagi penggunaan.

GELERI FOTO.

LOKASI : PEDi KG PAYA RUMPUT

TARIKH : 17 OKT 2023

MASA : 10.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Membuat kelas mewarna atas talian bersama para-para pelajar tadika dan sambil dalam masa yang sama mengenali pengiraan serta mengenal pekerjaan.

TUJUAN :

Membantu para pelajar tadika dalam pergerakan kognegtif pergerakan tangan sambil dalam masa yang sama kemahiran mengira dan mengenal pekerjaan.

LOKASI : KOLEJ UNIVERSITI AGROMAS MALAYSIA

TARIKH : 05 OKT 2023

MASA : 10.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Petugas mendapat jemputan dari pihak kolej untuk membuat satu bengkel usahawan dari pihak Kolej Universiti Agromas untuk memberi taklimat dan cara penggunaan untuk membuat Tiktok Shop bagi meraka yang baru pertama kali ingin menggunakan platform atas talian. Taklimat ini diberikan untuk para usahawan yang di jemput oleh pihak kolej juga.

TUJUAN :

Dapat membantu para usahawan yang hadir untuk mempelajari satu platform yang baru dan viral untuk dapat memasarkan dan mempromosikan produk serta perniagaan mereka.

GELERI FOTO.

LOKASI : PEDi KG. PAYA RUMPUT

TARIKH : 10 OKT 2023

MASA : 10.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Permulaan kelas petugas akan memberi taklimat dan contoh serta maklumat yang diperlukan melalui slide.Mereka juga mendapat nota untuk dijadikan rujukan. Selepas penerangan, usahawan yang mengikuti kelas akan membuat kertas kerja tersebut dengan bantuan petugas untuk bahagian-bahagian yang mereka perlukan bantuan.

TUJUAN :

Dapat membantu para usahawan untuk membuat kertas kerja mereka sendiri agar dapat membantu mereka dalam membina kertas kerja perniagaan mereka sendiri untuk apa-apa projek dan bantuan perniagaan yang diperlukan.

LOKASI :PEDi KG. PAYA RUMPUT

TARIKH : 22 SEPT 2023

MASA : 9.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Permulaan bengkel para pengunjung yang mengikuti bengkel ini di berikan penerangan dan pengenalan berkenaan dengan mengait (crochet) dengan bantuan slide yang telah di sediakan. Para pengunjung juga diberikan nota-nota untuk meraka miliki agar boleh dijadikan sebagai rujukan untuk digunakan apabila bengkel selesai. Selepas itu mereka akan memula mengait berbekalkan bahan-bahan yang telah disediakan dengan bantuan dan rujukan dari tenaga pengajar.

TUJUAN :

Memberi ilmu baru kepada komuniti setempat agar dapat mennjana idea dan produk yang baru untuk membuat perniagaan sendiri.

GELERI FOTO.