LOKASI : PEDi KG. PAYA RUMPUT

TARIKH : 26 NOV 2023

MASA : 9.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Petugas memberi taklimat cara untuk kemas kini maklumat dan membuat stamping LHDN secara atas talian. Usahawan seterusnya membuat kemaskini dan membuat stamping mereka dengan bantuan petugas untuk bahagaian-bahagian yang mreka kurang faham.

TUJUAN :

- Menambah dan membantu usahawan tempatan untuk memudahkan urusan-urusan atas talian.

LOKASI : PEDi KG. PAYA RUMPUT

TARIKH : 26 NOV 2023

MASA : 9.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Petugas memberi taklimat pengenalan apa itu MS Powerpoint dan cara menggunakan aplikasi tersebut. Seterusnya petugas meminta para pelajar untuk membuat satu slide berkenaan pengenalan diri masing-masing dengan bantuan petugas untuk bahagian-bahagian yang tidak difahami. Seterusnya para pelajar diminta untuk membuat pembentangan tersebut dihadapan.

TUJUAN :

- Untuk menambah pengetahuan komputer kepada para pelajar yang mana bukan sahaja boleh menggunakan MS Word tetapi juga boleh menggunakan MS Powerpoint untuk membuat kerja-kerja mereka.

LOKASI : PEDi KG. PAYA RUMPUT

TARIKH : 10 NOV 2023

MASA : 9.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Tenaga pengajar memberi taklimat berkenaan barangan dan cara untuk membuat. Seterusnya Mereke diberi bahan-bahan yang diperlukan dan di beri tunjuk ajar cara untuk membuat. Para komuniti yang datang di beri ilmu membuat decoupage dan membawa pulang barangan tersebut. Selain dari ilmu mereka juga dapat ilmu kraf yang baru. 

TUJUAN :

Memberi pengetahuan dan ilmu baru dalam membuat barangan Decoupage seterusnya memberi jalan dan idea untuk menjadi usahawan kecilan. 

Mereka dapat ilmu berkenaan cara membuat kraf yang boleh mennjana idea untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

GELERI FOTO.

LOKASI : PEDi TAMAN SERI LUBUK REDAN

TARIKH : 17 NOV 2023

MASA : 9.30a.m - 12.30p.m

AKTIVITI :

Petugas memberi taklimat berkenaan cara pendaftaran tiktok seller dan cara untuk menggunakan tiktok seller. Selain itu petugas juga memberi penerangan peranan dan cara menjadi affiliate di tiktok. Selepas membuat penerangan para ushawan yang hadir di minta untuk memulakan dan membuat tiktok seller masing-masing dengan bimbingan para petugas.

TUJUAN :

Memberi tapak dan cara baru kepada para usahawan yang mana mereka bukan sahaja boleh mempromosikan produk mereka tetapi para usahawan juga boleh membina tapak perniagan yang baru untuk meluaskan perniagaan mereka. Selain itu mereka juga boleh melakukan affiliate sebagai pendapatan tambahan.

LOKASI : PEDi KG. PAYA RUMPUT

TARIKH : 08 NOV 2023

MASA : 2.30p.m - 4.30p.m

AKTIVITI :

Petugas memberi taklimat dan cara mengunakan aplikasi design Canva berkenaan cara membuat poster. Selepas penerangan para pelajar membuat poster yang bertemakan For Palestine mengunakan kreativiti pelajar masing-masing dengan bimbingan petugas pada bahagian-bahagain yang mereka tidak jelas.

TUJUAN :

Memberi pengetahuan ilmu Canva kepada para pelajar.

Para pelajar dapat mengetahui bahawa Canva boleh digunakan untuk pelbagai lagi penggunaan.

GELERI FOTO.