USAHAWAN ABC DAN MAKANAN KERING

Nama Rohani Binti Othman
Umur 46 Tahun
Ahli 2019

 

20190402 113719

Latar belakang

Puan Rohani Binti Othman berumur 46 tahun dan mempunyai keluarga. Beliau seorang suri rumah sepenuh masa mencari pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau tidak dapat mempromosikan produk ke media sosial dengan lebih meluas tentang perniagaan beliau dan tidak pernah mengetahui bahawasanya dengan penggunaan ICT mampu memberi informasi barangan jualannya. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM100.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menerusi ICT dan kelas keusahawanan dari Pusat Internet beliau kini dapat mempromosikan produk di media sosial dengan lebih meluas dan sambutan amat memberansangkan terutamanya penduduk Kg Paya Rumput. Beliau telah mempunyai akaun Facebook sendiri. Beliau mengambil tempahan melalui FB dan juga Whatsapp. Pendapatan bulanan beliau meningkat antara RM200-RM500.

 

En. Mohd Armizi bin Hashim berumur 34 tahun dan mempunyai keluarga. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja di kilang dan memulakan perniagaan “CHEF TAKO” pada awal Februari 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT beliau tidak dapat mempromosikan produk ke media sosial dengan lebih meluas tentang perniagaan beliau

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menerusi ICT dan kelas keusahawanan dari Pusat Internet beliau kini dapat mempromosikan produk di media sosial dengan lebih meluas dan sambutan amat memberansangkan.

 

Jangan lupa untuk saksikan video penuh beliau di YOUTUBE CHANNEL https://www.youtube.com/watch?v=BNK5YG_XeWE

 

VIDEO USAHAWAN

 

Nama            Puan Salwana Binti Salehan                
Umur 33 Tahun
Ahli  2015

 

https://www.facebook.com/1382694671964511/videos/2028885574012081/?section=notifications&subsection=comments

USAHAWAN COKLAT JEJARI

 

Nama            Puan Zaidah Binti Sanip                 
Umur 43 Tahun
Ahli 2017

 

 

 

Latar belakang

 

Puan Zaidah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa berumur 43 tahun. Mempunyai 3 orang anak. Mula hanya sekadar suka – suka untuk membuat pelbagai perisa coklat jejari. Tetapi tudak menyangka dari sekadar hanya suka – suka, ianya bertukar menjadi sumber pendapatan sampingan beliau yang hanya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT

 

Sebelum penglibatan dalam Pusat Internet beliau hanya sekadar mengambil tempahan sekitar kawasan kampong sahaja yang dapat menjana pendapatan sekitar RM150 – RM200

 

Selepas Penggunaan ICT

 

Selepas penglibatan beliau di Pusat Internet  beliau menerima lebih banyak tempahan dari sekitar kawasan kampung serta luar daerah dan negeri. Kini beliau memperolehi purata pendapatan sebulan sehingga RM2000 dengan hasil dari belajar cara untuk mempromosikan secara online di media sosial.

USAHAWAN KATERING KECIL - KECILAN

 

Nama           Puan Nur Afiqah Binti Razali               
Umur 26 Tahun
Ahli 2017

 

 

 

Latar Belakang

 

Puan Nur Afiqah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa berumur 26 tahun. Mempunyai 2 orang anak. Beliau meminati bidang masakan. Pada mulanya ianya sekadar tolong menolong jiran tetangga dalam majlis keraian, tetapi makin lama, beliau mendapat tempahan dari rakan – rakan, saudara mara dan jiran kampong. 

 

 

Sebelum Penggunaan ICT

 

Sebelum penglibatan dalam Pusat Internet beliau hanya sekadar mengambil upah memasak sahaja yang hanya dapat upah sekitar RM100 – RM200 sekali masak

 

 

Selepas Penggunaan ICT

 

Selepas penglibatan beliau di Pusat Internet beliau dapat memperluaskan kemahiran masakannya sekaligus mendapat tempahan dari orang ramai. Pada masa ini, beliau memulakan perniagaan catering secara kecil – kecilan yang berskala 250 orang seingga 300 orang, dengan purata nilai sekepala RM8 hingga RM15 mengikut menu tempahan.